Wednesday, April 23, 2014

Sunday, October 14, 2012

Musim Durian



Pokok Durian

Pokok Durian ada pelbagai jenis; musang king, durian tembaga, udang merah dan banyak lagi.  Harga pasaran anak pokok durian dari harga RM 12 hingga RM 50 sepokok. Buah durian klon/kahwin sangat berkualiti tinggi, diminati dan terbaik dari ladang. Tidak hairanlah kalau harganya tinggi kerana kualitinya yang bagus. 

Jangkamasa pengeluaran hasil pokok durian klon mengambil masa 5 hingga 7 tahun. Penjagaan dan pengurusan pokok tanaman ini memerlukan pemerhatian dalam memastikan pengeluaran hasil yang menguntungkan pada musimnya (bulan Jun, julai dan ogos & bulan Okt, N0v dan Disember).

Sekarang ini (14/10/2012) terdapat banyak jualan buah durian. Jangan lepaskan peluang merasakan durian tempatan (klon terbaik) dan nikmati secara berpadah-padah.






Thursday, April 9, 2009

Kit 10 Polibeg Fertigasi Terbuka

Fertigasi adalah satu teknik penanaman pada masa kini dan boleh diperluaskan secara komersil.

Bagaimana?

Kit ini merupakan permulaan usaha sebelum menceburi teknologi ini secara komersil, kerana teknologi ini boleh ditingkatkan dari 10 polibeg ke 20 polibeg, 40, 60, 100 atau 200 polibeg. Fertigasi adalah teknik membekalkan larutan baja nutrien yang lengkap dimana nutrien disalurkan secara titisan ke pangkal pokok tanaman mengikut kadar yang diperlukan.

Kit 10 Polibeg dengan Teknik Penanaman secara Fertigasi boleh mencapai hasil pengeluaran seminima 20kg hingga 40kg bagi tanaman cili. Langkah bijak bermula dengan kit ini kearah penanaman secara komersil.

Teknologi terkini yang diperluaskan secara komersil dalam bidang pertanian samada oleh individu atau usahawan-usahawan yang berminat menceburi bidang ini.

Set Pengeluaran Tauge Automatik (SePTA)


Set Pengeluaran Taugeh Automatik atau ringkasnya SePTA ialah satu sistem pembekalan air kepada biji kacang (kacang hitam, kacang merah, kacang hijau) dan membesar menjadi tauge mengikut masa yang telah ditetapkan (pelaras masa) sepanjang proses tumbesaran biji kacang tersebut.

Satu keperluan dan merupakan teknologi pengeluaran/inovasi yang mampu dimiliki oleh setiap bakal usahawan tauge.

Rekacipta asal Set Pengeluaran Taugeh Automatik (SePTA) oleh Jabatan Pertanian Malaysia yang diketuai oleh Encik Amat Khri bin Mardi, Penolong Pegawai Pertanian Kanan dari Institut Pertanian Ayer Hitam, Johor merupakan inovasi penyiraman tauge dijalankan secara automatik. Set ini terdiri daripada sistem pengairan, pelaras masa, tong percambahan, santoso, saiko, dan ruang penyediaan set (tempat kurang cahaya masuk).

Inovasi SePTA:
  1. Pengurangan Kos; kos pengeluaran, penggunaan air, kos kerja penyiraman).
  2. Penjimatan Masa; jimat 1 hari pengeluaran dalam tempoh 3 hari berbanding 4 hari sebelum inovasi ini.
  3. Peningkatan hasil kerja; 1 kg biji kacang menghasilkan 9-10kg purata tauge.
  4. Kualiti baik dan sekata.



PROSES PENGELUARAN TAUGE


1. Basuh biji benih kacang hitam / hijau 2 - 3 kali sehingga bersih.
2. Rendam 6 - 8 jam dalam larutan santoso 8 - 10 ml bagi 5 liter air.
3. Tos dan gaulkan dengan siako 20 - 50 gm (1 kg benih kacang) selama 10 – 12 jam.
4. Siram dengan air yang bersih dan masukkan ke dalam tong percambahan.
5. Siraman air automatik sahaja selama setiap 90 minit – 5 minit siram (64 kali siraman) selama 4 hari.
6. Tauge cukup matang (selama 4 hari).
7. Basuh tauge dan asingkan kulit biji benih.
8. Timbang dan bungkus sedia untuk dijual.

OPERASI SEPTA

Secara ringkasnya, operasi SePTA adalah seperti berikut:-

  1. Sambungkan sistem pengairan SePTA kepada paip bekalan air rumah.
  2. Laraskan kekerapan dan ulang siraman (watering time No. 1, watering cycle No. 2 (maksudnya: Siraman selama 5 minit setiap 90 minit).
  3. Pasangkan 2 biji bateri 9V.
  4. Tekan butang operasi (di bahagian bawah 'timer').
  5. Pastikan penunjuk kawalan berada di tengah (auto).
  6. Siraman berlaku mengikut pelarasan (tempoh menyiram: 5 minit setiap 2.0 kg kacang).

KOS FABRIKASI (semasa di WP Labuan)
  • Pelaras masa - RM 680.00
  • Sistem pengairan - RM 350.00
  • Santoso - RM 130.00
  • Siako - RM 45.00
  • Tong Percambahan - RM 200.00
  • GI Stand - RM 265.00
        Jumlah Kos RM 1,670.00 


Kos Tambahan sebanyak RM 200.00 ke Kota Kinabalu, Sabah.


Keterangan lanjut hubungi Tangkalau Agrotech (Labuan), 019-871 1495